Monday, April 20, 2009

Happy Birthday Adam

Selamat ulangtahun kelahiran yang kedua buat anak sulong aku yang comel, Adam Harith.

Alhamdulillah, Adam mengharungi 2 tahun kehidupannyadengan sihat sejahtera. Anak sulong aku ni dah makin aktif, makin keletah, bijak dan kelakar. Dialah penyeri rumahtangga kami. Namun kerenahnya kadangkala betul-betul mencabar kewibaan ummi dan abahnya.

Dah 2 tahun kami menggalang tugas sebagai ummi dan abah Adam. Dan tahniah juga untuk ummi adam kerana berjaya menjadi ummi yang penyayang, pengasih dan bertanggungjawab, yang membela dan mendidik Adam dengan sabar. Pelbagai pengalaman dan pengajaran kami perolehi sepanjang memelihara si kecil ini.

Semoga kami sekeluarga dilimpahkan tolong dan kurniaNya agar sentiasa sihat sejahtera, berbahagia dan berkemampuan mengharungi cabaran mendatang.

Dan semoga kami berjaya menyediakan dan menyiapkan platform untuk Adam dan generasi-generasi seterusnya membesar dengan sejahtera di masa hadapan. Kamilah yang merancang dan menentukan bagaimana keadaan generasi khalifah-khalifah kecil ini di masa hadapan.

"4:9. Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar".

Bila agaknya Adam nak dapat adik..?

*Coretan aku waktu kelahiran Adam 2 tahun lepas di sini

Labels:

Tuesday, April 14, 2009

Taat kerana cinta atau perintah?

Ada beza antara ketaatan atas dasar perintah dengan atas dasar cinta.

Ketaatan kerana patuh pada perintah semata-mata menyebabkan tiada sentuhan jiwa dalam pelaksanaan perintah tersebut.
  • Pelaksanaan kaku, keras, tidak fleksibel.
  • Tekanan makin bertambah bila berhadapan cabaran.
  • Pendengaran, penglihatan dan hati bergerak tidak selari.
  • Tiada penghayatan dan kenikmatan - tertekan.
  • Letih & lesu.

Manakala ketaatan kerana cinta pada matlamat perintah akan membuatkan diri
  • Menghayati dan menikmati cabaran yang mendatang.
  • Akal & hati bergerak selari.
  • Timbulnya perasaan sabar & seronok menghadapi cabaran.
  • Kehendak dan kesungguhan terbina.
Jika kita lihat dan perhati dengan tenang, kita akan dapat rasa bagaimana satu perintah yang sama akan menghasilkan kesan dan akibat yang berbeza akibat pelaksanaan atas dasar yang berbeza.

Aku teringat slogan aku dalam majalah sekolah aku dalam tahun 1997:

~~ ENJOY THE CHALLENGE! ~~

Labels: , ,

Wednesday, April 08, 2009

Disiplin Blogger

Seorang penulis blog (blogger) harus berdisiplin.

Sedikit coretan berkenaan disiplin blogger dari sudut pandangan peribadi aku.

Disiplin masa - blogger perlu istiqamah dalam menulis. Aku masih gagal dalam disiplin ini dan sedang membaikinya. Aku akan cuba menulis sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.

Disiplin penulisan - blogger yang berpandangan jauh perlu menulis dengan disiplin penulisan agar artikelnya mudah dibaca, menarik dan difahami oleh pelbagai generasi.
Aku sendiri sedang belajar disiplin penulisan ini. Permulaannya, aku kurangkan penggunaan short-term atau bahasa sms, kurangkan mencampuraduk bahasa, mengitalickan jika ada campuran bahasa. Pasti banyak lagi yang perlu aku belajar berkenaan disiplin penulisan.

Blogger juga perlu menulis kandungan artikel yang mampu pergi sejauh mungkin selari dengan masa, artikelnya sentiasa relevan dulu, kini dan masa depan. Aku mengambil Al-Quran sebagai contoh terbaik kerana ayat-ayatnya sentiasa relevan sepanjang masa.

Lain-lain aku tambah kemudian bila aku dah tahu.

Labels: ,