Friday, February 16, 2007

Hal penting tak diacuhkan, hal remeh diutamakan

Masyarakat dah tunggang terbalik.
Hal penting tak diacuhkan, tak dipedulikan, tak dibincangkan, tak dilaksanakan, dipandang ringan.
Hal remeh dikecoh-kecohkan, dibincangkan, diambil berat.

Labels:

Monday, February 12, 2007

Yang hak diragui, yang batil diterima

Hairan bin Bingung.

Bila ajak buat yang hak, pasti diragui. Syak wasangka. Ditanya macam-macam. Disiasat. Dinasihati dengan pelbagai pendapat. Macam-macam alasan diberi. Tiada masa. Ada hal lain yang lebih penting. Tak setuju. Malas. Tiada wang. Tak dapat beri komitmen. Dan 1001 alasan lagi.

Tetapi kalau ajak buat yang batil, diterima terus. Tak ambil kisah pun. Tak banyak usul periksa. Terima je. OK je. Ada je masa. Ada je duit. Boleh bagi komitmen. Ada je daya usaha.

Minda masyarakat dah tunggang terbalik. Yang mana hak, yang mana batil tak difahami atau buat-buat tak faham. Dunia dulu, baru akhirat.

Bingung bin Kecewa

Labels: ,

Tuesday, February 06, 2007

Ilmu tanpa Amal tiada Hasil

Semua orang tahu yg ilmu yg tidak diamalkan tidak mendatangkan hasil.
Tetapi kenapa ramai yg tak perasan yg Al-Quran jika tidak diamalkan pun tidak mendatangkan hasil? Konsep yg sama sbb Al-Quran tu Ilmu dari Allah.
Allah turunkan Al-Quran untuk manusia di muka bumi sebagai ilmu/panduan hidup untuk dilaksanakan. Wajib dilaksanakan.
Hasil dari pelaksanaan Al-Quran dalam kehidupan pastinya akan memberi kesejahteraan. Dunia pasti sejahtera jika Al-Quran diamalkan.

Kebanyakan umat Islam sekarang hidup tak sejahtera. Maknanya Al-Quran tidak diamalkan oleh mereka.

Kesimpulan aku: Al-Quran jika tidak diamalkan tiada kesejahteraan.

Labels: