Friday, October 28, 2005

Photography Workshop

Esok aku akan melangkah satu tapak lg dlm hobi tangkap gambar aku dgn menyetai bengkel workshop fotografi di UPM dan teka sapa bakal jadi sifu nya?? yaa.. Enchek Saiful Nang http://saifulnang.fotopages.com/ yg terkenal dgn gambar2 perkahwinannya.. yuran murah jer iaitu rm20 utk ahli ittutor (bukan ahli rm30).. harap2 esok aku dpt mempelajari sesuatu tanpa tidur.. dah lama tak menghadiri sesi pembelajaran cam ni..
Antara penangkap gambar lain yg aku hormati ialah saudara knizam (http://knizam94.fotopages.com/) dan enchek afaizal (http://ahmadfaizal.fotopages.com/)..
Semoga aku boleh mengambil gambar seperti mereka.. amin..

Update:
Antara peserta yg turut hadir ialah Enchek Bazuki, seorang jurukamera professional yg bekerja dgn Reuters utk bhgn Asia, maka kami mendapat tips2 percuma drpd beliau.. Enchek Bazuki juga merupakan bekas budak sekolah Faris seperti aku juga.. web beliau http://www.bazuki.com

Monday, October 24, 2005

Sudahkah aku bersedekah??

Menurut laman web Malaysia-Today, Pertubuhan MERCY Malaysia amat memerlukan sumbangan orang ramai bagi membiayai aktiviti bantuan kepada mangsa gempa bumi Pakistan.. Mereka telah hampir kehabisan dana mereka.. Anda boleh membantu mereka dgn memberi sumbangan wang ringgit melalui kaedah-kaedah ini..

Sedekah, sumbangan, derma, bantuan dan apa2 sahaja istilah yg membawa maksud yg sama tak kira sama ada ikhlas atau dgn niat pasti amat dihargai oleh mereka2 yg amat meperlukannya.. Ramai orang di Malaysia termasuk aku agak ragu2 utk berderma dgn alasan takut peminta derma itu penipu.. Nah, sekarang tiada lagi alasan itu utk anda sukar berderma kerana melalui MERCY Malaysia, sebuah NGO yg telah diikhtiraf malah telah membuktikan dgn aktiviti2nya sememangnya wang derma anda pasti sampai kpd org yg benar2 memerlukannya.. ayuh berderma lebih2 lagi sempena bulan Ramadhan yg mulia ini..

Friday, October 14, 2005

Sudahkah aku keluarkan zakat fitrah??

Khutbah Jumaat Masjid Kinrara hari ni menyentuh isu Zakat Fitrah.. Antara isi2 kandungan khutbah tu adalah lebih kurang berikut (yg ni aku copy dari email):

PENGERTIAN ZAKAT FITRAH
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.


SYARAT WAJIB ZAKAT
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

1.Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

2.Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

3.Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

4.Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.


KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH
Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim


KADAR FITRAH
Kadar zakat fitrah di Selangor tahun ini ialah RM4.70 sahaja.


WAKTU MENGELUARKAN FITRAH
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

1. Waktu wajib: Apabila terbenam matahari hari terakhir Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2. Waktu yang paling afdhal: Sebelum sembahyang Hari Raya
3. Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan
4. Waktu makruh: Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
5. Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal

Friday, October 07, 2005

Selamat Bersahur, Berpuasa dan Berbuka..

Kat khutbah jumaat kat Masjid Kinrara td, khatib kata org muslim spatutnya menyambut kedatangan Ramadhan alMubarak ni dgn kegembiraan, kesyukuran & mengucapkan kata2 yg mengembirakan kpd orang lain utk menyambut Ramadhan..

maka, aku ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dgn ucapan Selamat Bersahur, Berpuasa dan Berbuka.. Maaf Zahir Batin..

p/s: aku tak tidor time khutbah Jumaat tau..