Tuesday, January 30, 2007

Selamat ulang tahun perkahwinan.

Semalam adalah ulang tahun pertama perkahwinan aku.
Diam tak diam, dah setahun aku berkahwin.

Aku rasa sangat bertuah kerana dianugerahkan seorang isteri yang:
  • ada telinga lalu diguna untuk mendengar ayat-ayat Allah.
  • ada mata lalu diguna untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah.
  • ada akal lalu diguna untuk berfikir dan memahami perintah-perintah Allah.
Dialah Siti Khadijah aku.. yg sentiasa berada di belakangku..

Labels:

Monday, January 15, 2007

Lapang dada

6:125 Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman

Berdasarkan pemahaman aku:
Kalau nak petunjuk, maknanya kena berlapang dada menerima petunjukNya. Kalau tak nak sesat, tak perlu fikir sangat betapa beratnya bebanan petunjuk tu sampai rasa sesak dan lemas tetapi cuba fikir bagaimana nak laksanakan petunjukNya dengan fatanah dan laksanakan sebaik mungkin.
Fikir bagaimana untuk laksanakan petunjukNya, bukannya fikir pasal beratnya petunjuk tu.

Monday, January 08, 2007

Selamat Datang 2007

Walaupun dah 8 hb Januari tp tak terlambat untuk aku ucapkan Selamat Datang kepada diri aku sendiri ke tahun 2007.
Urusan aku akan makin susah.
Kena byk bersabar dan bertakwa.

Thursday, January 04, 2007

Selamat tinggal 2006

umur makin panjang;
bermakna nyawa makin pendek;
ajal makin dekat;
sudah bersedia untuk kembali padaNya?

malam makin sibuk;
tp tidur tetap perlu walaupun kurang;
sempat kah aku melihat siang itu..?