Monday, July 27, 2009

Penilaian (rating)

Daripada wikipedia:
In general, a rating is the evaluation or assessment of something, in terms of quality (as with a critic rating a novel), quantity (as with an athlete being rated by his or her statistics), or some combination of both

Kita perlu sentiasa membuat penilaian terutamanya terhadap diri (muhasabah diri). Hasil dari penilaian diri membolehkan kita mengetahui status dan kondisi diri dan fokus arah ke arah perubahan dan penambahbaikan.
Penilaian diri perlu dijadikan budaya agar diri kita sentiasa ada perubahan dan penambahbaikan dan supaya kita tidak merasa diri kita serba cukup dan cepat berpuas hati.
Ini untuk mengelakkan keadaan diri yang statik, yang akhirnya menjadi punca kita menzalimi diri dengan menyebabkan diri kita melampaui batas, ketinggalan dan akhirnya tertindas di bumi Allah ini.
Tiada penilaian, tiada penambahbaikan, tiada perubahan, merasa serba cukup dan mudah berpuas hati adalah antara punca kualiti umat Islam merosot dan akhirnya membawa kepada kejatuhan tamadun Islam itu sendiri.
96:6 Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas
96:7 karena dia melihat dirinya serba cukup.

Maka setiap diri hendaklah memperhatikan dan merancang diri setiap hari untuk sentiasa menjadi lebih baik dari semalam.
59:18 Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Friday, July 24, 2009

KPI 1: Satu artikel seminggu

Bulan Mei & Jun berlalu tanpa sebarang coretan. :(
Masih gagal dalam menulis sekurang-kurangnya satu coretan sebulan.
Memang banyak alasan boleh diberi tapi itu bukan penyelesaian masalah.
Punca masalah: gagal dalam mendisiplinkan diri untuk aktif menulis.
Perlu ada hijrah perubahan kepada yang lebih baik.

Oleh sebab itu, aku nak buat KPI (key performance indicator-petunjuk prestasi utama) blog aku sendiri sebagai matlamat dan penanda aras pencapaian penulisan blog untuk mendisiplinkan diri.

KPI 1: Satu artikel seminggu.

Tiada had berapa panjang artikel yang akan ditulis.
KPI pertama ini untuk mencapai tahap kuantiti penulisan dahulu.

KPI adalah perkara minimum yang perlu dicapai untuk menunjukkan tahap pencapaian.

Insya-Allah aku akan cuba capai kpi ni untuk 3 bulan seterusnya sebelum buat kpi lain.

Labels: , ,