Monday, April 12, 2010

Kisah Tok Su Bukit Merah dan buah nenas.

Aku ada ramai tok sedara dengan gelaran Tok Su. Dibezakan berdasarkan lokasi mereka.
Toksu Taiping,
Toksu Semanggol,
Toksu Bukit Merah,
Toksu Bagan Serai.

Kali ni nak kongsi kisah Tok Su Bukit Merah ku.
Kisah ni berdasarkan cerita emak yang aku dengar semalam.
Tok Su Bukit Merah ni umurnya aku rasa sekitar 60an.
Masih sihat dan cerdas.
Rumah dia kat tepi lebuhraya plus di bukit merah.
Lebih kurang tiga tahun yang lepas, ada lori bawa nenas terbalik di lebuhraya tu berdekatan rumahnya.
ramailah orang kampung pergi kutip buah nenas yang dibuang oleh pihak plus ke tepi lebuhraya.
tapi tuksu lain caranya, dia tak kutip nenas-nenas tu, dia tahu dia bukan boleh makan banyak sangat nenas2 tu,
tapi cuma minta orang kampung bagi jambul nenas yang mereka kutip.
dia tanam jambul-jambul nenas tu di kebunnya.
sehingga sekarang setelah hampir tiga tahun kejadian tu, keluarga tuksu & orang kampung masih boleh makan nenas dari kebunnya.
mak aku pun pernah dapat buah nenas tuksu dan juga dah ikut jejak langkahnya dengan tanam nenas di kebunnya.
tahniah pada tuksu.
orang tua memang berfikiran jauh.

berbudi pada tanah memang berbaloi dan long term investment.

 

Saturday, April 10, 2010

Test insert image into blog via email.

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, bahawa Rasulullah shallallahu 'alayhi wa sallam telah bersabda:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu berkata yang baik-baik atau diam sahaja. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia itu memuliakan jirannya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu memuliakan tetamunya"


(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

*copy from blog saifulislam
**dihantar melalui emel

Nak dekat ke nak jauh

Ada dua pilihan, nak yang dekat atau nak yang jauh.

kalau yang dekat kos perjalanan rendah, nak jalan kaki pun boleh.
cuma cabaran kerjanya kurang mengancam. tapi boleh dijadikan sebagai benchmark untuk generasi penerus.
kos masa & tenaga tu yang paling menarik.

kalau jauh ada kos perjalanan tapi tak banyak sangat pun, dalam rm60 je untuk petrol sebulan tapi kos masa & tenaga tu agak tinggi.
kerjanya sememangnya mencabar.

sentiasa ada dua pilihan dalam menelusuri kehidupan. nak pilih yang mana ya?

*email2blog