Monday, July 19, 2004

Link Pedas??

Tadi aku merayau-rayau dlm blog Tok Rimau (asyik2 tok rimau jer yg aku highlight), jumpa satu link kat blog tu yg menghala ke HAKIKAT YANG PAHIT SEORANG BLOGGER di Nitro Weblog.. Tok Rimau kata (tok rimau lagi) kandungan link tu pedas.. so aku try baca dan terasa gak sikit2 kepedasannya.. sinis betul tulisan ciping@nitro tuu.. baru aku tau byk lagi selok-belok blog yg aku tak buat lagi (ada yg aku dah buat dah).. ada yg aku setuju dan juga tak setuju.. tp sekurang2nya aku dah tau salah satu cara nak promote blog ialah dgn promote kat tag-board blog org lain.. :o)

Tuesday, July 13, 2004

Kompang Dipalu

Baru2 ni aku suka dengar lagu 'kompang dipalu' yg dinyanyikan semula oleh Waheeda & EYE.. Asalnya aku dengar kawan aku kat site, Anas, suka duk nyanyi lagu ni.. so, aku carik la mp3 lagu ni.. skang hari2 aku dgr.. Siap bleh hafal lirik dia lagi.. biasanya aku jarang hafal lirik lagu.. kalu hafal pun tak lama pastu lupa balik.. lirik kompang dipalu ni pun agaknya berapa lama jer aku bleh ingat.. agaknya lagu ni la yg team kompang duk nyanyi kat kenduri2 kahwin tu kut..

anwy, aku tujukan lagu ni utk semua pengantin tak kira pengantin baru ker, bakal pengantin ker atau pengantin lama ker atau bekas pengantin ker dgn ucapan semoga bahagia dgn perkahwinan anda..

Kompang Dipalu
[chorus]
kompang dipalu, pengantin baru
duduk bersanding, tersipu malu
kompang dipalu, pengantin malu
moga bahagia, ke anak cucu

kami doakan moga berkekalan
selamat sejahtera hingga akhir zaman
[/chorus]

(ulang chorus)

mempelai tersenyum manis
air mawar direnjis-renjis
bunga manggar indah berseri

ooooooooo
senyum tawa dan gembira
sanak saudara semua
oohh, indahnya

merahnya inai dijari
tanda kasih sudah termateri
ikatan raja sehari

hari yg dinanti-nanti
sudahlah menjelma kini
kekal dan abadi

selamat pengantin baru
moga kekal ke anak cucu
selamat pengantin baru

(ulang semua)
(ulang chorus)

Monday, July 12, 2004

Aktiviti hujung minggu lepas

Sabtu malam Ahad lepas aku main badminton kat Politeknik Shah Alam.. main dengan sedara-mara aku.. setelah hampir 4 tahun aku tak main badminton, aku lepaskan gian dgn main sepuas2 hati.. seronok betul.. main sampai aku lupa side effect dia lepas tuu.. tangan aku, belakang, kaki semuanya sakit2 dan lenguh2.. dah dua hari pun still terasa lagi kesannya.. nilah akibat kalu main tak streching betul2..
Pak cik aku ajak main lagi weekend nih.. kali ni aku nak prepare betul2.. aku nak beli raket sendiri dan kasut yg sesuai.. dan juga stretching betul2 n build fitness sikit2 dulu..

Hari Ahad pulak aku temankan Chik Yun tgk wayang cerita "Berlari Ke Langit" kat sunway pyramid.. lakonan Rosyam Nor n Fasha Sandha.. bagi aku, jalan cerita ok walaupun macam terganggu.. agaknya mungkin ada scene yg kena potong2 utk pendekkan masa tayangan.. dan ada juga beberapa scene yg nampak sgt tak logik.. contohnya dlm scene awal2 lagi bila kereta fasha tu tersangkut kat lopak.. scene tu cuma tunjuk kereta tu tak bergerak walaupun enjin menderum2 akibat padel minyak yg ditekan2.. tp tayar kereta tak pulak berpusing.. agaknya fasha lupa masuk gear satu kut.. sbb tu kereta dia tak boleh bergerak..
campur kami berdua, tak sampai 15 org yg tgk sekali.. tu pun berapa org jer yg tgk wayang.. yg lain buat wayang sendiri.. kesian betul sambutan cerita Melayu.. agaknya sbb dah lama ditayangkan kut n pihak cinema pun hanya tayangkan cerita tu utk cukupkan syarat jer..

Sebut pasal cinema, kat bawah ni aku copy paste satu artikel menarik.. sumber copy, jeffoii blog:
Letter to Editor, The NST, June 28, 2004 Even Newton would faint at some scenes in Tamil movies

Recently Isaac Newton, the father of physics, made a visit to Earth to watch a movie. He watched a few Tamil movies and his head was in a spin. He was convinced that all his logic and laws in physics were just a huge pile of junk and apologised for everything he had done. Here are a few scenes from Vijayakanth’s movies:

Vijayakanth has a brain tumour which, according to the doctors, can’t be cured and his death is imminent. In one of the fights, our great Vijayakanth is shot in the head. To everybody’s surprise, the bullet passes through his ears taking away the tumour along with it and he is cured. Long live Vijayakanth!

Vijayakanth is confronted with three gangsters. He has a gun but unfortunately only one bullet. Guess, what he does? He throws a knife at the gangster standing in the centre and shoots at the knife. The knife cuts the bullet into two pieces, killing both the gangsters flanking the one in the centre, while the knife kills the middle one.

Vijayakanth is chased by a gangster. Vijayakanth has a revolver but he has no bullets in it. Guess, what he does? No, not even in your remotest imagination. As soon as the gangster shoots, Vijayakanth opens the bullet compartment of his revolver and catches the bullet. Then, he closes the bullet compartment and fires his gun ... and the gangster dies.

This was too much for our Newton to take and he was completely shaken and he decided to go back. But he stayed around to watch another movie, thinking that at least it will follow his theory of physics. The whole movie goes on fine and Newton is happy that all in the world hasn’t changed.

Oops! Not so fast. The climax finally arrives. Vijayakanth gets to know that the villain is on the other side of a very high wall. It’s so high that Vijayakanth can’t jump even if he tries one of those superman techniques our heroes normally use.

He has to desperately kill the villain. Vijayakanth pulls out two guns from his pocket. He throws one gun in the air and when the gun reaches the height of the wall, he shoots at the trigger of the first gun in the air with his second gun. Now the first gun fires off and the villain is dead. Newton faints!

PROF SHAUKAT MAHMOOD
Gombak

Friday, July 02, 2004

Balik Kampung

esok aku nak balik kampung aku kat Simpang 4, Semanggol, Perak.. Lusa kembali ke Puchong balik..
kali ni aku balik naik bas jer.. malas bawak keta sbb aku balik sorang2 jer.. biasanya aku bawak keta kalu akak aku nak balik sekali, tp akak aku pulak tak nak balik kampung weekend nih.. so, kalu sorang2 jer balik, better naik bas.. lama dah aku tak naik bas.. the last time aku naik bas pada bulan Ogos tahun lepas from KL to Taiping.. huhu.. bestnya bleh tido dalam bas.. lagi best kalu yg kat seat sebelah tu awek..
sbenarnya aku plan nak balik malam ni tp tiket dah abih.. plan last minit punya pasal..

Perbezaan balik kampung aku antara guna Bas atau Kereta:

1.Kos guna bas lebih rendah.
Bas = RM16.00 sehala,
Kereta = RM32 (tol) + RM30 (minyak keta) = rm 62 sehala (belum campur servis kereta)

2.Naik bas ada driver, kita boleh rehat2, tido2, makan2.. kalu drive kereta, kita akan letih drive, tak boleh tido sambil drive (kalu tido gak ada peluang masuk berita)..

3.Naik bas perlukan merancang masa dgn baik.. kalu silap rancang, bleh terlepas bas (tp syarikat bas ikut ke jadual bas diorang??).. perancangan buang air besar & kecil juga perlu.. kalu naik keta, time tak kisah.. berak/kencing juga tak kisah(hentian banyak).. cuma perlu rancang minyak kereta jer..

4.Tak perlu risau keadaan bas (sepatutnya kena risau gak, terutama sikap driver).. kalu bawak kereta, kena servis & pastikan keadaan kereta dan drivernya betul2 dlm keadaan bersedia utk perjalanan..

5.Byk lagi tp aku malas nak tulih, nak shutdown notebook, nak balik umah, nak tido awal sbb nak bgn awal kerna bas aku kul 8.30am bertolak dari puduraya esok.. paling lewat kul 7.30am aku kena kuar rumah dah.. ni ada kaitan dgn perkara no.3 di atas.. aku taknak terlepas bas esok..