Friday, July 15, 2005

Kalaulah semua polis trafik macam dia..

Cantik, manis, murah senyuman, bergaya.. gaya dia membawa dan memberhentikan motor polis trafiknya, kemudian membuka topi keledarnya sambil membetulkan dan menggayakan rambut ikal beralun separas bahunya sambil bibirnya tersenyum manis dihiasi lesung pipit itu cukup utk membuatkan aku angau dan lupa pada kesesakan jalan yang sedang dilalui.. aku sanggup berhenti lama2 kat simpang jalan yg dia kawal jika dibenarkan.. ooh cik polis trafik yg cantik jelita, adakah kita akan berjumpa lagi di minggu hadapan di tempat yang sama??

Thursday, July 14, 2005

Biar Betik?

Topan selalu sebut frasa soalan "biar betul??" dgn frasa "biar betik??".. tp jawapan utk soalan tersebut bukanlah "betik laa" tp "betul laaa".. perkataan "betul" hanya boleh ditukar kapeda "betik" dalam ayat soalan sahaja dan pengkhususan adalah kepada soalan "biar betik?"

Biar betik topan nih.. tatabahasa bahasa mana dia guna nih..

Thursday, July 07, 2005

Upgrade PC

aku nak upgrade desktop pc aku kat umah yg baru aku amik dari kampung..
Antara perancangan upgrade:
1. add more hardisk to current 10GB (add 20GB?? motherboard aku support ker??)
2. add CDRW drive (combo DVD-R maybe)
3. add network card
4. beli thumb drive (512MB??)
5. change OS (win98 -> win2000??)

that's all for now.. aku ada budget ker nih?? kena buat belanjawan lain nih..

Friday, July 01, 2005

Tol ldp sunway

Dialog antara aku ngan sorang member sambil minum teh tarik (dah diedit agar lebih cerpen);

M (Member): kenapa ada tol?
A (Aku): tentu la sebab ada highway (teringat samy velu). Kerajaan tak larat nak buat sendiri (kedekut??takde duit??), bg tender kat swasta (kroni??), then bagi swasta ni konsesi utk kutip tol utk suatu tempoh sbg salah satu bayaran(tambah konsesi tahun bila tak nak bayar subsidi).. mean rakyat kena tlg kerajaan utk bayar (terpaksa??)..

M: Apa guna highway?
A: Laa, tentu la supaya perjalanan lancar; jln byk lorong, lebih selamat, kurang sesak, bleh bawak laju skit.... (aku terdiam sbb dah perasan aku dah termasuk soalan perangkap sbb dia dah senyum kambing dah)

M: (sambil tersenyum sbb aku dah masuk perangkap dia) habis tu sbb apa ada tol ldp kat sunway tu walhal jln sesak teruk sampai tak bergerak.. bukannya stakat sesak sblm tol tp lepas tol pun sesak gak.. highway apa camtu.. apa guna aku bayar tol kalu gitu.. (melepaskan ketensionannya dgn masalah kesesakan kat tol ldp sunway yg dia kena lalui tiap2 hari)
A: (sengih sambil minum teh tarik) apsal aaa sesak kat situ? (soalan cover diri)


p/s: aku dpt pengajaran baru; jgn tunjuk pandai kat orang pandai..