Sunday, April 29, 2007

Laksana-Rancang-Laksana

Peringatan untuk diri sendiri..

Kena produktif sikit..
Jangan terlalu banyak merancang, tapi pelaksanaan lembap..
Terlalu banyak berfikir untuk merancang tapi sedikit pelaksanaan tidak
memberi banyak manfaat.. Itu dah jadi berangan, bukan merancang..
Perancangan dan pelaksanaan kena seimbang..

Bila ada sesuatu perkara nak dibuat:
rancang matlamat jangka panjang, pertengahan dan pendek,
buat langkah pertama dulu dan kemudian rancang langkah seterusnya berdasarkan hasil langkah pertama.
kitaran pelaksanaan-perancangan-pelaksanaan sentiasa berputar.

Cakap biar serupa bikin..


Labels:

Friday, April 20, 2007

Adam

Salam sejahtera dan selamat datang ke dunia yang sementara ini, abah ucapkan untuk anak sulong abah..
Syukur kepada Allah kerna nikmatNya dan kehendakNya maka Adam dilahirkan dengan sempurna dan sejahtera.

Tempat lahir: Seksyen 19, Shah Alam.
Waktu lahir: 8:23am - 20 April 2007 (2 Rabiul Akhir 1428)

16:78. Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.

Labels:

Wednesday, April 18, 2007

Panjang ke pendek

Aku suka tulis pendek-pendek sahaja.
Kadang-kadang baru aku tulis panjang-panjang.
Bukan tiada idea tetapi aku malas menaip panjang-panjang.
Sekarang aku cuba belajar menulis dengan ejaan penuh supaya tulisan pendek aku akan nampak lebih panjang.

Labels:

Wednesday, April 04, 2007

Hukuman Mati

Kereta mayat juga boleh berblog di sini. Tulisannya menakutkan lg menyeramkan. Barulah aku tahu bahawa aku telah dijatuhkan hukuman mati pada saat aku dihidupkan. Dan alamat tetap aku rupanya masih belum diputuskan dan akulah yg bakal menentukan alamat tetap aku di sana nanti. Aku sangka hukuman mati sedang berjalan ke atasku ketika aku sedang terbaring di katil hospital selepas kemalangan tahun lepas, rupanya itu hanya cubaan hukuman sahaja sama ada aku nak ambil pengajaran atau tidak. Nasib baik hukuman mati aku belum sampai masanya lagi.

Labels: