Friday, September 18, 2009

Salam Aidil Fitri

Selamat pulang ke kampung.
Selamat menyambut 1 Syawal.
Selamat kembali ke fitrah.

Salam kemenangan untuk mereka yang menang dalam Ramadhan. Sesungguhnya kemenangan yang mutlak itu apabila berjaya mengekalkan kemenangan terus menerus secara istiqamah.
Semoga kemenangan di Ramadhan akan berkekalan.

Maaf Zahir Batin

Sunday, September 13, 2009

Menahan Diri

Menahan diri dan sabar dalam kondisi keadaan diri yang kekurangan, lemah, kesukaran itu adalah jauh lebih mudah berbanding menahan diri dalam kondisi diri yang serba cukup, berkemampuan, kuat.
Ini kerana kita lebih mengingati Allah, lebih berfikir, lebih berusaha dalam keadaan ujian kesusahan dan kesukaran berbanding dalam keadaan ujian nikmat kesenangan.
Maka inilah salah satu hikmah pendidikan dari ibadah puasa yang Allah wajibkan yakni kita perlu menahan diri dalam keadaan kita berkemampuan.
Persoalannya, adakah kita benar-benar mengambil pengajaran dari puasa? Atau hanya mendapat lapar dan dahaga.
Semoga berjaya dalam ujian dari Allah. Sesungguhnya orang beriman pasti diuji.

Friday, September 04, 2009

Puasa

Menahan diri (mengawal diri) dari perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Umat Islam dididik agar mengawal diri dan mengawal nafsu dalam keadaan berkemampuan. Maka kesan dari ibadah puasa pada diri seharusnya mendidik dan membina akhlak yang mampu mengekang diri dari tunduk pada hawa nafsu. Pastinya pendidikan daripada Allah ini disertai dengan pelbagai ujian yang secara terang-terangan atau halus untuk menguji tahap keimanan diri.

Semoga berjaya mendapat pengajaran dari pendidikan ini.