Friday, July 24, 2009

KPI 1: Satu artikel seminggu

Bulan Mei & Jun berlalu tanpa sebarang coretan. :(
Masih gagal dalam menulis sekurang-kurangnya satu coretan sebulan.
Memang banyak alasan boleh diberi tapi itu bukan penyelesaian masalah.
Punca masalah: gagal dalam mendisiplinkan diri untuk aktif menulis.
Perlu ada hijrah perubahan kepada yang lebih baik.

Oleh sebab itu, aku nak buat KPI (key performance indicator-petunjuk prestasi utama) blog aku sendiri sebagai matlamat dan penanda aras pencapaian penulisan blog untuk mendisiplinkan diri.

KPI 1: Satu artikel seminggu.

Tiada had berapa panjang artikel yang akan ditulis.
KPI pertama ini untuk mencapai tahap kuantiti penulisan dahulu.

KPI adalah perkara minimum yang perlu dicapai untuk menunjukkan tahap pencapaian.

Insya-Allah aku akan cuba capai kpi ni untuk 3 bulan seterusnya sebelum buat kpi lain.

Labels: , ,

Tuesday, April 14, 2009

Taat kerana cinta atau perintah?

Ada beza antara ketaatan atas dasar perintah dengan atas dasar cinta.

Ketaatan kerana patuh pada perintah semata-mata menyebabkan tiada sentuhan jiwa dalam pelaksanaan perintah tersebut.
  • Pelaksanaan kaku, keras, tidak fleksibel.
  • Tekanan makin bertambah bila berhadapan cabaran.
  • Pendengaran, penglihatan dan hati bergerak tidak selari.
  • Tiada penghayatan dan kenikmatan - tertekan.
  • Letih & lesu.

Manakala ketaatan kerana cinta pada matlamat perintah akan membuatkan diri
  • Menghayati dan menikmati cabaran yang mendatang.
  • Akal & hati bergerak selari.
  • Timbulnya perasaan sabar & seronok menghadapi cabaran.
  • Kehendak dan kesungguhan terbina.
Jika kita lihat dan perhati dengan tenang, kita akan dapat rasa bagaimana satu perintah yang sama akan menghasilkan kesan dan akibat yang berbeza akibat pelaksanaan atas dasar yang berbeza.

Aku teringat slogan aku dalam majalah sekolah aku dalam tahun 1997:

~~ ENJOY THE CHALLENGE! ~~

Labels: , ,

Sunday, April 29, 2007

Laksana-Rancang-Laksana

Peringatan untuk diri sendiri..

Kena produktif sikit..
Jangan terlalu banyak merancang, tapi pelaksanaan lembap..
Terlalu banyak berfikir untuk merancang tapi sedikit pelaksanaan tidak
memberi banyak manfaat.. Itu dah jadi berangan, bukan merancang..
Perancangan dan pelaksanaan kena seimbang..

Bila ada sesuatu perkara nak dibuat:
rancang matlamat jangka panjang, pertengahan dan pendek,
buat langkah pertama dulu dan kemudian rancang langkah seterusnya berdasarkan hasil langkah pertama.
kitaran pelaksanaan-perancangan-pelaksanaan sentiasa berputar.

Cakap biar serupa bikin..


Labels:

Wednesday, April 18, 2007

Panjang ke pendek

Aku suka tulis pendek-pendek sahaja.
Kadang-kadang baru aku tulis panjang-panjang.
Bukan tiada idea tetapi aku malas menaip panjang-panjang.
Sekarang aku cuba belajar menulis dengan ejaan penuh supaya tulisan pendek aku akan nampak lebih panjang.

Labels:

Wednesday, April 04, 2007

Hukuman Mati

Kereta mayat juga boleh berblog di sini. Tulisannya menakutkan lg menyeramkan. Barulah aku tahu bahawa aku telah dijatuhkan hukuman mati pada saat aku dihidupkan. Dan alamat tetap aku rupanya masih belum diputuskan dan akulah yg bakal menentukan alamat tetap aku di sana nanti. Aku sangka hukuman mati sedang berjalan ke atasku ketika aku sedang terbaring di katil hospital selepas kemalangan tahun lepas, rupanya itu hanya cubaan hukuman sahaja sama ada aku nak ambil pengajaran atau tidak. Nasib baik hukuman mati aku belum sampai masanya lagi.

Labels: