Tuesday, April 14, 2009

Taat kerana cinta atau perintah?

Ada beza antara ketaatan atas dasar perintah dengan atas dasar cinta.

Ketaatan kerana patuh pada perintah semata-mata menyebabkan tiada sentuhan jiwa dalam pelaksanaan perintah tersebut.
  • Pelaksanaan kaku, keras, tidak fleksibel.
  • Tekanan makin bertambah bila berhadapan cabaran.
  • Pendengaran, penglihatan dan hati bergerak tidak selari.
  • Tiada penghayatan dan kenikmatan - tertekan.
  • Letih & lesu.

Manakala ketaatan kerana cinta pada matlamat perintah akan membuatkan diri
  • Menghayati dan menikmati cabaran yang mendatang.
  • Akal & hati bergerak selari.
  • Timbulnya perasaan sabar & seronok menghadapi cabaran.
  • Kehendak dan kesungguhan terbina.
Jika kita lihat dan perhati dengan tenang, kita akan dapat rasa bagaimana satu perintah yang sama akan menghasilkan kesan dan akibat yang berbeza akibat pelaksanaan atas dasar yang berbeza.

Aku teringat slogan aku dalam majalah sekolah aku dalam tahun 1997:

~~ ENJOY THE CHALLENGE! ~~

Labels: , ,

Wednesday, April 08, 2009

Disiplin Blogger

Seorang penulis blog (blogger) harus berdisiplin.

Sedikit coretan berkenaan disiplin blogger dari sudut pandangan peribadi aku.

Disiplin masa - blogger perlu istiqamah dalam menulis. Aku masih gagal dalam disiplin ini dan sedang membaikinya. Aku akan cuba menulis sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.

Disiplin penulisan - blogger yang berpandangan jauh perlu menulis dengan disiplin penulisan agar artikelnya mudah dibaca, menarik dan difahami oleh pelbagai generasi.
Aku sendiri sedang belajar disiplin penulisan ini. Permulaannya, aku kurangkan penggunaan short-term atau bahasa sms, kurangkan mencampuraduk bahasa, mengitalickan jika ada campuran bahasa. Pasti banyak lagi yang perlu aku belajar berkenaan disiplin penulisan.

Blogger juga perlu menulis kandungan artikel yang mampu pergi sejauh mungkin selari dengan masa, artikelnya sentiasa relevan dulu, kini dan masa depan. Aku mengambil Al-Quran sebagai contoh terbaik kerana ayat-ayatnya sentiasa relevan sepanjang masa.

Lain-lain aku tambah kemudian bila aku dah tahu.

Labels: ,

Tuesday, March 13, 2007

Kefahaman

Contoh ayat:
  1. Manusia diberi pelajaran, pejabat dan jawatan supaya manusia bekerja.
  2. Manusia diberi pelajaran, pejabat dan jawatan, tapi tidak ramai manusia yang bekerja.
Daripada dua ayat di atas, apa kesimpulan yang boleh dirumuskan?

Kesimpulan aku; manusia kene gunakan pelajaran, pejabat dan jawatan yang diberi untuk bekerja.

Labels: