Monday, February 12, 2007

Yang hak diragui, yang batil diterima

Hairan bin Bingung.

Bila ajak buat yang hak, pasti diragui. Syak wasangka. Ditanya macam-macam. Disiasat. Dinasihati dengan pelbagai pendapat. Macam-macam alasan diberi. Tiada masa. Ada hal lain yang lebih penting. Tak setuju. Malas. Tiada wang. Tak dapat beri komitmen. Dan 1001 alasan lagi.

Tetapi kalau ajak buat yang batil, diterima terus. Tak ambil kisah pun. Tak banyak usul periksa. Terima je. OK je. Ada je masa. Ada je duit. Boleh bagi komitmen. Ada je daya usaha.

Minda masyarakat dah tunggang terbalik. Yang mana hak, yang mana batil tak difahami atau buat-buat tak faham. Dunia dulu, baru akhirat.

Bingung bin Kecewa

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home