Monday, April 20, 2009

Happy Birthday Adam

Selamat ulangtahun kelahiran yang kedua buat anak sulong aku yang comel, Adam Harith.

Alhamdulillah, Adam mengharungi 2 tahun kehidupannyadengan sihat sejahtera. Anak sulong aku ni dah makin aktif, makin keletah, bijak dan kelakar. Dialah penyeri rumahtangga kami. Namun kerenahnya kadangkala betul-betul mencabar kewibaan ummi dan abahnya.

Dah 2 tahun kami menggalang tugas sebagai ummi dan abah Adam. Dan tahniah juga untuk ummi adam kerana berjaya menjadi ummi yang penyayang, pengasih dan bertanggungjawab, yang membela dan mendidik Adam dengan sabar. Pelbagai pengalaman dan pengajaran kami perolehi sepanjang memelihara si kecil ini.

Semoga kami sekeluarga dilimpahkan tolong dan kurniaNya agar sentiasa sihat sejahtera, berbahagia dan berkemampuan mengharungi cabaran mendatang.

Dan semoga kami berjaya menyediakan dan menyiapkan platform untuk Adam dan generasi-generasi seterusnya membesar dengan sejahtera di masa hadapan. Kamilah yang merancang dan menentukan bagaimana keadaan generasi khalifah-khalifah kecil ini di masa hadapan.

"4:9. Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar".

Bila agaknya Adam nak dapat adik..?

*Coretan aku waktu kelahiran Adam 2 tahun lepas di sini

Labels:

1 Comments:

Blogger Helmi Omar said...

terima kasih juga buat abah yg telah berjaya menjadi abah yg bertanggungjawab, penyayang, penyabar dan prihatin... semoga kita akan lebih bersedia utk menghadapi kerenah Adam dimasa akan datang...
Ummi sayang abah... dulu, kini dan selama-lamanya....
Adik Adam??? dah boleh dah ni.. tp rezki itu dtg drNya. kita hanya mampu berusaha.

8:50 PM  

Post a Comment

<< Home